SPRM ada \’25 jam\’ sehari siasat pegawai KDN

WhatsApp Image 2025 05 13 at 1.20.59 PM

Saifuddin Nasution beramah mesra ketika hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi Februari 2025 di Kompleks Setia Perkasa di Putrajaya hari ini. – Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA- Kementerian Dalam Negeri (KDN) meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan salah laku tiga pegawainya.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPRM mempunyai ’25 jam’ sehari untuk masuk menyiasat salah laku pegawai KDN itu.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan memberi sebarang komen melainkan membenarkan SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka yang terbabit.

“Saya di peringkat Menteri Dalam Negeri, sama ada pegawai di pejabat KDN atau agensi, SPRM ada ’25 jam’ sehari untuk masuk dan siasat.

“Lakukan tugas sesuai dengan tanggungjawab mereka (SPRM),”katanya menerusi sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penahanan tiga individu termasuk dua daripadanya dipercayai pegawai KDN.

Penahanan itu dibuat SPRM dalam Ops Outlander pada Khamis lalu berkaitan kes rasuah mempercepatkan permohonan taraf warganegara.

Mac lalu media melaporkan operasi itu menyiasat sindiket menjual sijil kelahiran sehingga mencecah RM50,000 kepada ibu bapa yang mempunyai anak angkat atau kanak-kanak tanpa kewarganegaraan. – https://amiminerals.org/