Siti Aishah bukan hilang rupanya kerja di Singapura

SITI AISHAH

SITI AISHAH yang dilaporkan hilang sejak 11 Jun lalu dilaporkan selamat berada dan kini bekerja sebagai pembantu kedai di Singapura.

PONTIAN – Seorang wanita yang dilaporkan keluar dari rumahnya pada 11 Jun lalu sehingga tidak dapat dikesan oleh keluarganya, kini dilaporkan selamat berada di Singapura.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, Siti Aishah Sahamin, 49, telah memasuki Singapura pada 6 Ogos lalu, dua hari selepas keluarganya membuat laporan Polis.

Katanya, Siti Aishah membuat pasport antarabangsa pada 2 Ogos di Pejabat Imigresen Setia Tropika, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Johor Bahru dengan dibantu oleh keluarganya di Johor Bahru.

“Maklumat yang diperolehi dari Jabatan Imigresen, wanita tersebut dikesan memasuki Singapura melalui pintu keluar di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada 6 Ogos,” katanya ketika dihubungi disini, hari ini.

Kosmo! pada 7 Ogos lalu melaporkan, Siti Aishah menghilangkan diri sejak 11 Jun lalu dari kediamannya di Kampung Parit Tengah Darat, Benut di sini.

Tambah Mohammad Shofee, Siti Aishah yang berasal dari Ulu Tiram, Johor Bahru tinggal bersama ahli keluarganya tanpa memberitahu keluarga di Pontian.

“Difahamkan Siti Aishah yang sebelum ini berkerja di sebuah kilang di Kulai telah berhenti kerja pada hari saya sama (11 Jun) sebelum menghilangkan diri.

“Ketika ini Siti Aishah dikatakan bekerja sebagai pembantu kedai makan di Singapura. Kami akan dapatkan bantuan dari Jabatan Imigresen sekiranya Siti Aishah keluar dari Singapura ke Johor bagi diambil keterangan dan sebagainya,” jelas Mohammad Shofee. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *