‘Simbah air merah, cuba sepak anak saya, ini buli’

WhatsApp Image 2025 06 04 at 11.29.58 AM

Tangkap layar seorang kanak-kanak menjadi mangsa buli oleh sekumpulan budak lelaki di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dipercayai menjadi mangsa buli sekumpulan budak lelaki dalam satu kejadian di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Seorang wanita menerusi hantaran di Threads, Adibahyasak_, memberitahu, dia menyedari kejadian menimpa anaknya apabila baju kanak-kanak lelaki itu basah dengan tompokan warna merah dipercayai disimbah air.

“Saya tak nampak kejadian itu (simbah air) berlaku depan mata. Tapi lepas panggil Affan, baru perasan bajunya basah dan merah-merah. Serius, saya sangat geram,” katanya.

Lebih mengejutkan dakwanya, terdapat cubaan kumpulan kanak-kanak sekitar usia 10 hingga 12 tahun itu mahu menyepak anaknya ketika sedang memakai kasut namun melarikan diri saat kerana panik saat menyedari kehadirannya.

“Saya nampak sendiri, mereka cuba nak sepak anak masa dia tengah pakai kasut. Ini bukan sekadar nakal, ini dah masuk kategori buli,” katanya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai menyifatkan tindakan sekumpulan kanak-kanak berkeaan tanda-tanda awal budaya buli yang boleh berleluasa.

“Ini nanti terbawa-bawa ke asrama dan jadi kes lagi,” komen Hamisahbintiabdul.

“Ni kalau dekat anak aku, memang aku seret budak tu dekat tempat bertutup. Peduli kau budak ke apa,” komen Aimananuar2897. – https://amiminerals.org/