PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa rumah tangga yang dibina bersama suami runtuh disebabkan orang ketiga yang menggunakan sihir penunduk melalui makanan yang diletak dalam bekas tupperware untuk memisahkan kebahagiaan mereka.
Bercerita menerusi platform NGL kepada akaun popular @detikseram tidak sangka ia berlaku kepada dirinya kerana selama ini dia mengenali suaminya seorang pendiam dan pemalu dengan wanita.
Pada tahun 2023 kata wanita itu, suaminya berubah menjadi agresif dan pemarah sering mengelak daripada meluangkan masa bersama keluarga.
“Saya perasan tiap minggu dia tak ada masa nak luangkan dengan keluarga dengan alasan dia ada outstation (bertugas luar kawasan).
Seminggu dua tu saya boleh faham, tapi ini jadi pelik bila tiap minggu dia hilang,” luahnya.
Kecurigaan wanita tersebut semakin memuncak apabila suaminya bukan sahaja bersikap dingin, malah mula bercakap kasar dan mula memarahi anak-anak tanpa sebab munasabah berbeza daripada perwatakan asalnya.
Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa menemui beberapa bukti mencurigakan yang menguatkan firasatnya bahawa sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.
“Saya jumpa bunga hidup dalam beg dia, dalam but kereta pula penuh bekas tupperware yang tak berbasuh, selain kasut bertumit tinggi yang pastinya bukan milik saya,” katanya.
Katanya, dia kini yakin suaminya terkena ilmu sihir penunduk yang diberikan melalui makanan oleh seseorang yang berniat menghancurkan rumah tangga mereka.
Selepas bertengkar, akhirnya rumah tangga wanita itu hancur selepas diceriakan talak tiga.
Akhirnya semua persoalan terungkai selepas itu, wanita berkenaan mendapat tahu bekas suaminya telah berkahwin dengan wanita yang dipercayai menjadi punca keretakan rumah tangganya.
Katanya, rumah tangga yag dibina atas nama pengkhianatan tidak bertahan lama kerana dia mendapat tahu rumah bekas suaminya disimbah cat merah oleh along kerana terlalu menurut kehendak wanita yang tidak berhati perut itu.
Kisah tersebut menarik simpati ramai netizen yang tidak dapat membayangkan dugaan yang dilalui wanita itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata memberi nasihat dan berkongsi nasib yang sama.
“Ayah saya pun kantoi sebab ada sorg perempuan bagi makanan. Mak balik kampung tengok rumah ada Tupperware lain dalam peti ais. Sejak itu, terus ayah jadi lain and akhirnya mereka bercerai,”komen @Aizafeeza. – https://amiminerals.org/