KUALA LUMPUR – Enam lebuh raya dan 25 laluan utama sekitar ibu kota dan Selangor akan ditutup secara berperingkat sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penutupan laluan itu bermula pada 23 Mei sehingga 28 Mei depan bagi memberi laluan kepada pergerakan pemimpin-pemimpin luar negara.
Bagaimanapun katanya, bermula hari ini juga pihaknya akan melakukan sesi raptai dan ‘dry run’ sekitar laluan tersebut, penutupan serta lencongan jalan akan dilakukan sehingga 22 Mei.
“Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung termasuklah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Parlimen, Jalan Damansara dan Jalan Kuching.
“Bagi lebuh raya pula katanya, ia melibatkan Lebuh Raya Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Lebuh Raya Utara Selantan (Kuala Lumpur- Seremban serta Sungai Buloh-Jalan Duta),”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di selepas Majlis Amanat dan Penugasan JSPT sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Pulapol di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, laluan yang ditutup itu hanyalah melibat laluan masuk dan keluar ke Ibu negara, lalaun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Subang.
“Turut akan ditutup laluan ke Istana Negara, laluan sekitar hotel-hotel penginapan (khususnya di pusat bandar dan Bukit Bintang),”katanya.
Tambah beliau, penutupan jalan serta lencongan secara berperingkat itu akan bermula antara pukul 8 pagi sehingga pukul 8 malam.
“Setiap penutupan dijangka berlangsung 30 hingga 45 secara berkala mengikut tarikh yang ditetapkan.
Senarai jalan ditutup dan dilencongkan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN bermula 23 hingga 28 Mei bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam secara berkala
1. Jalan Tun Razak
2. Jalan Bukit Bintang,
3. Jalan Ampang,
4. Jalan Sultan Ismail,
5. Jalan Raja Chulan
6. Jalan P Ramlee
7. Jalan Kia Peng,
8. Jalan Pinang
9. Jalan Conlay
10. Jalan Stonor
11. Jalan Perak
12. Jalan Tun Ismail
13. Jalan Kuching.
14. Jalan Sultan Salahuddin
15. Jalan Damansara
16. Jalan Mahameru
17. Jalan Raja Laut
18. Jalan Parlimen
19. Jalan Travers
20. Jalan Bangsar
21. Jalan Maarof
22. Jalan Syed Putra
23. Jalan Istana
24. Jalan Sungai Besi
25. Jalan Loke Yew
Lebuh Raya
1. Lebuh Raya Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
2. Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE)
3.Lebuh Raya Guthrie
4. Lebuh Raya Maju Expressway (MEX).
5. Lebuh Raya Utara Selantan (Kuala Lumpur- Seremban.
6. Lebuh Raya Utara Selatan (Sungai Buloh-Jalan Duta),
– KOSMO! ONLNE