Setiausaha Persatuan Amal rugi RM728,480

GambarHIASAN24 temp scammer2 2

GAMBAR HIASAN

KUANTAN – Setiausaha sebuah persatuan amal mengalami kerugian sebanyak RM728,480 selepas terperdaya dengan scammer yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula 7 Ogos lalu apabila mangsa yang merupakan seorang wanita berumur 38 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek menyamar sebagai pegawai SKMM yang memberitahu terdapat laporan dibuat atas nombor telefon mangsa.

“Panggilan telefon tersebut telah disambungkan kepada suspek menyamar sebagai pegawai polis yang telah dimaklumkan bahawa mangsa terlibat dalam kes dadah.

“Suspek kemudiannya meminta mangsa membuat pemindahan wang bagi tujuan siasatan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh daripada 13 Ogos hingga 19 Ogos lalu mangsa telah membuat sebanyak 147 transaksi ke dalam 11 akaun bank berbeza sehingga mengalami kerugian sebanyak RM728,480.

Beliau memberitahu berdasarkan siasatan mendapati sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan dan wang peninggalan mendiang ayahnya.

Sementara itu beliau berkata, pihak polis kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan telefon meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,”ujarnya.  – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *