‘Setiap hari Sky menangis, kejap okey kejap ingat mummy’

WhatsApp Image 2025 03 03 at 12.59.09 PM

Video perkongsian Ridzuan di media sosialnya hari ini.

PETALING JAYA – “Setiap hari Sky menangis kejap okay kejap ingat mummy menangis lagi ya Allah, kuatnya dugaan hidup ini.”

Itulah luahan usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura ketika menggambarkan kesedihan anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura yang masih bergelut dengan kehilangan ibu tercinta.

Menurut Ridzuan, anak lelakinya itu menangis setiap hari berulang kali mengingati ibunya sebelum kembali larut dalam kesedihan.

Dia juga menggambarkan kesedihan mendalam yang dirasainya sebagai seorang suami yang kehilangan insan tersayang.

“Abang terasa abang seperti burung yang kehilangan sebelah sayap. Insya-Allah abang cuba kuat kan semangat untuk Sky. Doakan kami sekeluarga. Terima kasih,” katanya menerusi satu perkongsian video di media sosial hari ini.

Luahannya itu mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati dengan ujian yang dihadapinya.

Ramai yang memberikan kata-kata semangat agar dia dan Sky terus tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, isteri kepada Ridzuan iaitu Akiko Okumura telah meninggal dunia pada 28 Februari 2025.

Berita mengenai kematian wanita itu dimaklumkan sendiri oleh Ridzuan melalui satu hantaran di Instagramnya. – https://amiminerals.org/