Seruan untuk bertindak!

pix ceo online 1.jpg latest bary

Dr. Mohammed Azman menyampaikan ucapan pada majlis perasmian ISSA 2024 di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Penyelesaian keselamatan sosial yang progresif mampu
menangani cabaran serta merapatkan jurang perlindungan dalam ekonomi
khususnya sektor bekerja sendiri dan platform.

Presiden ISSA, Datuk Seri Dr.Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, ia
berikutan pekerjaan gig bukan lagi trend semata-mata, malah membentuk semula keseluruhan ekonomi.

Bagaimanapun, menurut beliau realitinya menunjukkan ramai pekerja dalam sektor itu kekurangan akses kepada faedah keselamatan sosial tradisional yang sering diambil mudah.

“Hampir dua bilion atau 61.2 peratus pekerja terlibat dalam kerja tidak
formal di seluruh dunia.

Ini bukan hanya sekadar statistik, tetapi ini adalah seruan untuk bertindak!.

“Peralihan ini menuntut perubahan dalam penyediaan keselamatan dan memerlukan
penyelesaian baharu yang progresif bagi memastikan sistem keselamatan sosial
yang dibina berkekalan,” katanya dalam sesi Seminar Teknikal Persatuan
Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 bertajuk ‘Individu Bekerja Sendiri
dan Ekonomi Platform di Asia dan Pasifik’.

sesi

Dr. Azman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO) menegaskan, isu ini perlu ditangani dengan penyelesaian yang
berani dan inovatif.

“Jurang perlindungan itu adalah nyata kerana sistem keselamatan tradisional yang
direka adalah pada waktu dan keadaan ekonomi yang berbeza. Jadi, merapatkan
jurang ini bukanlah pilihan namun satu keperluan,” ujarnya. Jurang perlindungan
boleh ditangani menerusi penglibatan semua pihak terutama pemegang taruh,
Kerajaan dan penyedia platform.

Tambah Dr. Azman,ISSA juga memainkan peranan dengan menggariskan panduan
komprehensif bagi membantu institusi keselamatan sosial global menyesuaikan diri
terhadap perubahan yang berlaku.

“Kita (ISSA) menangani cabaran dasar dan kawal selia dengan menyokong usaha
global melalui Pangkalan Data Amalan Baik dan Hab Inovasi Kolaboratif.

“ISSA juga menyokong pendekatan holistik terhadap perlindungan sosial yang
meliputi insurans, kesihatan, pengangguran, pencen dan kecederaan,” kata
Dr.Azman.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, ekonomi gig bukan sahaja
memerlukan pekerja yang dilindungi dari segi hak dan kebajikan, bahkan usaha
perlu dilakukan dalam menjadikan industri tersebut sebagai satu karier atau
profesion pada masa depan.

finas
Azmir Saifuddin Mutalib

“Sebagai contoh bagi industri bakat kreatif, terdapat kira-kira 15,000 pekerja
televisyen dan perfileman terdiri daripada 20 peratus pekerja tetap, manakala 80
peratus pekerja bebas.

“Daripada pangkalan data PERKESO secara purata lebih 3,000 bakat (pekerja tetap
dan bebas) yang ada caruman dan selepas memorandum persefahaman (MoU),
kira-kira 4,500 bakat terdiri daripada artis dan kru dapat caruman ‘one-off’.

“Justeru kita menggalakkan lebih ramai pekerja ini melakukan caruman. Kita mahu
tonjolkan bahawa walaupun pekerja bebas atau bekerja sendiri, mereka ini ada
karier,” katanya.

Beliau merupakan seorang daripada panel bagi seminar tersebut.

Seorang lagi panel jemputan iaitu Ketua Pakar Teknikal , Perlindungan Sosial,
Pasukan DWT, Pejabat Serantau Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) Bangkok,
Kenichi Hirose berkata, isu berkait keselamatan sosial bagi pekerja ekonomi gig
sudah pasti memerlukan masa untuk mencari jalan penyelesaian.

pix panel Kenichi
Kenichi Hirose

“Kita sedar peningkatan pekerja platform ini terutama semasa pandemik dan ia
mendapat permintaan tinggi. Bagaimanapun kebanyakan pekerja tersebut tidak ada
perlindungan, biarpun mereka berdepan pelbagai cabaran dan risiko.

“Program ISSA 2024 ini kena dengan masanya. Kita tahu isu berkait ini tidak boleh
diselesaikan hanya satu malam, tetapi usaha itu perlu bergerak secara langkah demi
langkah, walaupun mengambil masa beberapa tahun.

“ISSA 2024 ini adalah langkah pertama untuk kita memikirkan keselamatan sosial
bagi melindungi pekerja ini, selain mereka juga penyumbang kepada ekonomi
negara,” katanya.

pix panel Tran Binh Minh
Tran Binh Minh

Manakala Timbalan Pengarah Jabatan Kajian Sektoral dan Perindustrian Central
Institute For Economic Management (CIEM) Vietnam, Tran Binh Minh pula berkata,
antara hasil yang dijangkakan daripada penganjuran ISSA 2024 adalah undang-
undang dan peraturan lebih jelas berkaitan pekerja ekonomi gig.

“Pemahaman yang lebih jelas tentang status undang-undang pekerja platform, sama
ada harus diklasifikasikan sebagai pekerja, pekerja kontraktor bebas atau diletakkan
dalam kategori baharu.

“Dengan ini ia berupaya membantu menyeragamkan liputan keselamatan sosial,
sekali gus memastikan pekerja gig menerima faedah yang sesuai berdasarkan
klasifikasi undang-undang, sekali gus mengurangkan kekeliruan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *