Seremban daerah keenam tertinggi kes penipuan dalam talian

SEREMBAN KES PENIPUAN

Ahmad Dzaffir ditemui pada Program Townhall Discussion \’Cybercrime Threat\’ Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan 2024 di Seremban.

SEREMBAN – Seremban berada pada kedudukan keenam daerah tertinggi di negara ini terlibat dalam kes penipuan dalam talian daripada jumlah kertas siasatan yang dibuka sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, daerah Seremban berada di kedudukan tersebut daripada keseluruhan 157 daerah dengan 701 kes direkodkan dalam tempoh tersebut.

“Berdasarkan kajian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, kedudukan Seremban di kedudukan keenam daripada jumlah laporan diterima dan kertas siasatan dibuka melibatkan jenayah penipuan.

“Manakala daerah Nilai pula berada pada kedudukan ke-15 dengan 434 kes direkodkan,”katanya ketika berucap pada Program Townhall Discussion ‘Cybercrime Threat’ Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan 2024 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Menurut AhmadDzaffir, secara keseluruhan, sebanyak 1,710 kes melibatkan penipuan secara dalam talian dilaporkan di negeri ini dengan nilai kerugian direkodkan sebanyak RM 47.1 juta dalam tempoh yang sama tahun ini.

“Pada tahun lalu, sebanyak 2,024 kes penipuan melibatkan kerugian RM40.9 juta direkodkan. Data ini jelas menunjukkan sedikit penurunan iaitu 18.4 peratus, namun berlaku peningkatan dari segi nilai kerugian sebanyak RM6.2 juta,”katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa berkurangan tetapi jumlah kerugian tinggi berkemungkinan suspek menyasarkan mangsa-mangsa yang mempunyai simpanan atau jumlah wang yang banyak.

Jelas beliau, berfikiran secara logik dan rasional apabila berhadapan dengan situasi penipuan atas talian antara panduan yang perlu diamalkan bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan.

Sementara itu, mengenai program Townhall tersebut, Ahmad Dzaffir berkata, penganjuran program itu berjaya menarik penyertaan 700 peserta yang tersidi daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, institusi kewangan dan wakil masyarakat. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *