Semua negeri hujan lebat petang ini

IMG 8785

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda semua negeri sehingga 6 petang ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Di Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Beberapa tempat di Kelantan turut menerima hujan lebat seperti di Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Tidak terkecuali Terengganu melibatkan kawasan Besut dan Setiu,” lapor MetMalaysia.

Tambahnya, cuaca sama juga melanda negeri Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

“Di Selangor juga menerima cuaca yang sama di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Selain itu, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan dijangka menerima hujan lebat petang ini.

“Begitu juga di Johor melibatkan kawasan di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” katanya.

Di samping itu, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga dijangka melanda Sarawak seperti Sibu dan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah).

“Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan); Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran); Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan). – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *