Semua lebuh raya sesak luar biasa sampai esok

Kesesakan itu dijangka akan berlarutan hingga esok berikutan pertambahan kenderaan dari pelbagai arah termasuk LTU.

Kesesakan itu dijangka akan berlarutan hingga esok, berikutan pertambahan kenderaan dari pelbagai arah termasuk LTU.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dilaporkan sesak teruk sekarang ini susulan orang ramai mula kembali ke ibu kota selepas cuti perayaan Aidilfitri.

Tinjauan Kosmo! Online melalui paparan televisyen litar tertutup (CCTV) di laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sekitar pukul 5 petang mendapati kesesakan luar biasa berlaku dari arah Karak ke Lentang.

Kesesakan itu melibatkan lebih 23.5 kilometer sehingga ke Plaza Tol Gombak dan dijangka akan berlarutan hingga esok, berikutan pertambahan kenderaan dari pelbagai arah termasuk Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Situasi serupa turut dilaporkan di lebuh raya lain seperti Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dan utara, yang menyaksikan pergerakan perlahan di kebanyakan laluan Utama ke ibu kota. – https://amiminerals.org/