KUALA SELANGOR – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan semakan caj konsultasi pegawai perubatan am (GP) swasta akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan sedang menyelesaikan isu itu melalui saluran betul dengan mengambil kira kebimbangan semua pihak terutama GP dan pemilik farmasi.Jelas beliau, memorandum Jemaah Menteri dan surat pekeliling telah disediakan sebelum dijangka dibentangkan dalam tempoh sebulan ini.“Saya telah menyiapkan memorandum itu dan pekeliling bagi perkara itu. Jadi, saya harap akan selesai (semakan) selewat-lewatnya sebulan.“Selepas saya sudah bentang dan mendapat kelulusan, ia akan dilaksanakan kerana Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) juga bersetuju mengenainya,” katanya pada sidang akhbar program Kembara Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) Zon Tengah di sini, hari ini.Mengulas lanjut, kata Dzulkefly, pengamal perubatan dan pihak berkaitan diberi tempoh tiga bulan bagi melaksanakan program pendidikan dan pemahaman mengenai perubahan dasar berkenaan.“Keputusan menangguhkan pelaksanaan itu dibuat bagi memastikan semua pihak bersedia dan tidak terbeban. Transformasi kesihatan primer mesti dilaksanakan secara adil dan telus bukannya untuk menghukum sesiapa. Ia demi kebaikan rakyat dan kelangsungan sistem kesihatan negara,”ujarnya. – https://amiminerals.org/
Catatan Berkaitan

Detik cemas dua beranak disamun lelaki berparang
- admin
- 22/04/2025
- 0
Tangkap layar memaparkan dua beranak diacukan parang dalam kejadian samun di sebuah kedai bunga di sekitar Jenjarom, Selangor semalam. KUALA LANGAT – Dua beranak berdepan […]

Saya nampak ayah tersepit, meninggal dunia depan mata
- admin
- 03/06/2025
- 0
Nurul Aylia menunjukkan gambar arwah ayahnya yang maut dalam nahas tiga buah kenderaan di Kilometer 9.4, Jalan Machang-Pasir Puteh, Kampung Banggol Judah, Machang tengah malam […]
EPL: Nasib Guardiola jadi taruhan
- admin
- 28/12/2024
- 0
HAALAND gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika City sekadar terikat menentang Everton kelmarin. – AFP MANCHESTER – Kegagalan untuk raih kemenangan ke atas Everton mencetuskan perdebatan […]