JOHOR BAHRU – Enam lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud baru-baru ini.
Wu Wei Bin, 38, Zhang Hao, 35, Fan Zi Chao, 33, Lin Wen Jie, 22, Hu Zhi Cong, Liu Bo Nan masing-masing berusia 27 tahun serta Gao Jun Jie dan Feng Xiao Wei berusia 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret R. Salini.
Mereka melakukan pakatan jahat menyalahi undang-undang dengan menipu tawaran pelaburan tidak wujud menggunakan lapan buah komputer riba dan 41 telefon bimbit di sebuah premis di Taman Mount Austin di sini pada 9 Oktober lalu.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 120(B)(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 selepas mempertimbangkan hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen dan peguam, Chuah Shyue Chien. Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 November ini. – https://amiminerals.org/