TANJUNG MALIM – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengesahkan beliau menerima surat peletakan jawatan bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman beberapa hari lepas.
Beliau berkata, Mohd. Ekhwan sendiri yang menulis surat peletakan jawatan itu dan beliau menerima atas kapasiti sebagai Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
“Beliau ingin memberikan tumpuan pada hal-hal lain jadi atas semangat itu saya terima. Apapun saya akan berjumpa dengan beliau (Mohd. Ekhwan) untuk maklumat lanjut.
“Dah beberapa hari lalu untuk pengetahuan (surat peletakan jawatan) telah sampai kepada saya,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Berhubung dakwaan peletakan jawatan dibuat kerana fitnah dah tohmahan, Zambry memaklumkan beliau akan menyiasat perkara itu secara serius.
Beliau berkata, proses penggantian Naib Canselor UKM dibuat mengikut proses seperti biasa. – https://amiminerals.org/