PETALING JAYA – Masih ramai pelanggan bersikap pentingkan diri apabila petak pam minyak digunakan sesuka hati sehingga ada yang membiarkan kenderaan mereka dalam tempoh lama kerana pergi ke tandas atau membeli makanan di dalam stesen.
Tindakan tersebut adalah tidak bertanggungjawab apabila pelanggan lain terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan giliran untuk pam minyak.
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azlie memuat naik gambar memaparkan tindakan seorang lelaki yang membiarkan keretanya di petak pam minyak untuk pergi ke tandas.
Menurut Azlie, dia sudah menegur lelaki tersebut dan meminta pengguna itu mengalihkan keretanya, namun tidak diendahkan.
“Satu hal nak tunggu kau balik tandas baru dapat isi minyak. Aku tegur suruh alih ke tempat lain kau buat tak tahu sahaja, siap suruh aku sabar. Guna otak la bang. Petak ini untuk orang pam minyak, bukan ruang parkir kenderaan,” katanya.
Sementara itu, seorang individu dipercayai pekerja di stesen minyak turut berkongsi beberapa ragam pelanggan yang sering dihadapinya.
Perangai orang di stesen minyak walau di tahun 2024. Antaranya, sampai depan kaunter, baru nak cari duit, dah bayar duit terus gerak bila sampai dekat pam nak isi terjerit-jerit nak RON97.
“Ada juga yang jenis suka tunjuk-tunjuk kereta dia, susah sangat kah nak maklumkan nombor pam. Selain itu, ada pelanggan siap bagi tahu jenama kereta bila nak bayar dekat kaunter, mahal sangat kah?.
“Ada pelanggan suka biar kereta lama-lama dekat petak pam, lepas itu masuk dalam beli belah dulu, pergi tandas, hisap rokok dekat tepi sekejap, pergi keluarkan duit dekat mesin ATM,” kongsinya. – https://amiminerals.org/