Sasar 10,000 pengunjung ke Karnival Zakat Selangor

MUHDFI1

MUHD. Fikri (duduk dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini (duduk tiga dari kanan) bergambar bersama warga LZS serta pengunjung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Selangor hari ini- Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM- Seramai 10,000 pengunjung disasarkan menghadiri Karnival Zakat Selangor yang julung kali dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) selama dua hari sempena ulang tahun ke-30 penubuhan institusi berkenaan.

Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd. Fikri Naim Harun berkata, melalui karnival itu warga LZS dapat mendekati masyarakat dan menerangkan tentang fungsi serta tugas yang dilakukan pihaknya.

“Dalam karnival ini, kami membawakan beberapa peniaga yang membayar zakat (usahawan muzakki) dan peniaga yang turut menerima zakat (usahawan asnaf) yang menjual pelbagai makanan dan minuman.

“Selain itu, kami juga bawakan rakan strategik LZS serta 30 buah syarikat yang menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada asnaf serta pengunjung karnival,”katanya selepas menghadiri majlis perasmian Karnival Zakat Selangor di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.

Muhd. Fikri berkata, pihaknya bagaimanapun tidak meletakkan sebarang sasaran bagi jumlah kutipan zakat yang akan diterima pada Karnival Zakat Selangor yang akan berakhir esok (Ahad).

Ujar beliau, umat Islam yang ingin memeriksa kelayakan sama ada mereka layak menerima zakat boleh berbuat demikian di karnival berkenaan dan pihaknya turut melancarkan dua program iaitu Rakan Affilate Dakwah Kutipan Zakat (RADIUZ) dan CrowdZakat.

“Program ini juga bagi menarik seramai 1 juta rakyat Selangor berusia 25 tahun ke atas yang masih belum membayar zakat dengan LZS.

“RADIUZ adalah platform dakwah di media sosial untuk mengajak umat Islam di Selangor untuk membayar zakat dengan LZS, manakala CrowdZakat adalah mengutip zakat secara `crowdfunding’ dengan umat Islam boleh melihat di manakah LZS menyalurkan bayaran kutipan zakat berkenaan. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *