SAS 2024 raih potensi transaksi terbesar RM3.2 bilion

WhatsApp Image 2024 12 13 at 6.02.05 PM

Sze Han (tengah) selepas sidang akhbar kejayaan penganjuran SAS 2024 di Shah Alam hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

SHAH ALAM – Pameran Penerbangan Selangor (SAS) tahun ini berjaya meraih nilai potensi transaksi sebanyak RM3.2 billion yang merupakan terbesar sepanjang empat edisinya.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, ia juga melebihi jumlah daripada yang disasarkan RM1.3 bilion seterusnya menunjukkan kemampuan SAS dalam menarik pelaburan ke negeri ini khususnya.

Katanya, transaksi itu merangkumi antaranya Selangor Aero Park, Sustainable Aviation Fuel, kajian aeroangkasa, kerja penyelanggaraan dan pembaikan operasi.

“Malah, dua buah kapal terbang komersial berjaya dijual pada sebuah syarikat dari Singapura.

“Namun, kami belum mendapat butiran berapa nilai jualan dua kapal terbang itu,”katanya dalam sidang akhbar berkaitan kejayaan SAS 2004 di sini, hari ini.

Menurut beliau, hasil penganjuran SAS selama tiga hari bermula 12 September lalu turut berjaya menyaksikan sebanyak 41 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara beberapa syarikat tempatan dengan syarikat antarabangsa berbanding 28 MoU pada SAS 2023.

Tambah Sze Han, SAS yang berlangsung Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Subang juga menarik lebih ramai pelancong iaitu seramai 29,638 orang berbanding 19,217 orang pada tahun lalu.

“Ini satu yang membanggakan kerana beberapa sasaran yang ditetapkan Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) berjaya dicapai,”jelasnya. – https://amiminerals.org/