\’Saiz bayi agak besar, doktor nasihat bersalin awal\’

BERSALIN 1 JANUARI 2025 BAYI TAHUN BAHARU

MOHAMMED FAZURUL anak sulungnya sambil diperhatikan Dr. S. Deepa disamping isterinya, Nur Atila serta kelarga di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru hari ini. – Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri muda teruja apabila sambutan tahun baharu 2025 mereka dirai bersama kehadiran cahaya mata sulung yang dilahirkan di Hospital Pakar KPJ Puteri, di sini hari ini.

Menurut Mohammed Fazurul Rahman, 30, dia dan isterinya memilih tarikh istimewa tersebut setelah mendapat nasihat daripada Doktor Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Dr. S. Deepa.

Mohammed Fazurul yang bekerja sebagai tukang masa di Singapura berkata, isterinya, Nur Atila Abd. Rahman, 29, pada awalnya dijadual bersalin pada 4 Januari.

“Namun, kerana saiz bayi agak besar jadi doktor menasihatkan kami untuk bersalin lebih awal sedikit, jadi kami bersetuju untuk memilih tarikh 1 Januari yang menandakan kedatangan tahun baharu.

“Kami juga berharap bayi yang diberi nama Muhd. Hayyin itu akan membesar dengan sihat, di samping memudahkan serta menyenangkan hati semua orang disekelilingnya,”katanya yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik.

Sementara itu, satu lagi pasangan suami isteri, Chu Chung Ng, 35, dan isterinya, Tan Ying Qi, 36, turut menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada pukul 8.50 pagi, hari ini.

Chung Ng yang merupakan seorang Eksekutif Pemasaran memberitahu, dia dan isterinya juga merancang untuk mendapat zuriat pada tarikh istimewa hari ini. – https://amiminerals.org/