PETALING JAYA – Menyembelih haiwan yang mempunyai dua kepala untuk tujuan korban adalah sah kerana kecacatan itu tidak mengurangkan dagingnya.
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Shahrizan Daud, sembelihan haiwan dengan ciri fizikal yang jarang ditemui itu sah kerana mempunyai satu leher.
“Sah sembelihan korban kerana kecacatan ini tidak mengurangkan daging cuma afdal sembelihan korban yang sempurna fizikal dan bertanduk,” katanya.
Kosmo! Online hari ini melaporkan penduduk Bukit Kechil, Pernu di Melaka gempar dengan kelahiran seekor anak kambing berkepala dua semalam.
Pemilik ternakan itu memaklumkan kejadian tersebut adalah yang pertama berlaku sejak 20 tahun mengusahakan aktiviti tersebut. – https://amiminerals.org/