RUU Majlis Media Malaysia dibentang minggu depan

WhatsApp Image 2024 12 06 at 4.37.42 PM

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah diluluskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, jika ada masa, RUU itu akan dibahas dan dibuat bacaan kedua dalam mesyuarat kali ini (sidang Parlimen ini).

“Jika tidak, ia telah disenaraikan untuk dibahas dalam mesyuarat yang akan datang,”katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bagi membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan negara serta memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara bertanggungjawab.

Ia turut berfungsi menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan dan orang awam selain menyokong pembangunan profesional wartawan serta organisasi media. – https://amiminerals.org/