JOHOR BAHRU – Rumah Terbuka Raya Mekdi yang diadakan di lima lokasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bertujuan untuk menyemarakkan kembali semangat perayaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ketua Sumber Manusia McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, antara intipati program termasuklah persembahan nyanyian lagu raya dan permainan tradisional.
“Sejak McDonald’s beroperasi di Malaysia bermula 1982, ini kali pertama rumah terbuka diadakan sempena Aidiladha. Lima lokasi dipilih iaitu Bangsar, Damansara, Kuantan, Johor Bahru serta Tabuan Jaya.
“Antara matlamatnya adalah untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama masyarakat setempat, di samping memberi kembali kepada mereka yang telah menyokong kami selama ini,”katanya ketika ditemui di McDonald’s Bandar Baru Uda, di sini hari ini.
Llebih 5,000 pengunjung yang hadir pada program bermula 6 petang hingga 9 malam itu disaji dengan menu Foldover Ayam serta Apple Pie, selain turut berperanan memenangi kotak makanan McDonald’s.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee pula memberitahu, program Rumah Terbuka Raya Mekdi yang diadakan ini kesinambungan kepada program sama diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina lalu.
“Penggunaan nama panggilan Mekdi juga menunjukkan kemesraan antara jenama ini dengan orang Malaysia kerana panggilan restoran McDonald’s di setiap negara tidak sama,”jelasnya.
Salah seorang pengunjung yang ditemui, Mohd. Rusdi Abdullah, 31, memberitahu, dia teruja mengunjungi Rumah Terbuka Raya Mekdi yang julung kali diadakan dan menu makanan yang disediakan juga menarik,”katanya yang menetap di Skudai, di sini. – https://amiminerals.org/