R&R sudah ada, jangan buang sampah seperti tahun lalu

PHG RR LTU 2 250325 1

KEMUDAHAN tandas antara yang disediakan di kawasan R&R Sementara di LTU Bentong Bypass berhampiran Lebu, Bentong yang dibuka semalam.

BENTONG – Pengguna laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) boleh menarik nafas lega apabila kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sementara di Bentong Bypass sudah dibuka semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Rose Samsul Abdul Razak berkata, R&R Sementara di kawasan Lebu menghala ke Raub itu sudah boleh digunkan pengguna.

“Sebuah lagi R&R Sementara di Mempaga menghala ke Bentong atau keluar ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka siap selewatnya Khamis.

“Jadi dalam tempoh musim perayaan ini pengguna boleh berhenti rehat dan sebagainya.

“Kita sudah menyediakan kemudahan R&R, jadi diharap pengguna LTU tidak berhenti di tempat tidak dibenarkan yang berbahaya dan tidak membuang sampah seperti tahun lalu,” katanya di sini semalam.

PHG RR LTU 4 250325
HENTIAN R&R Sementara Lebu, Bentong mampu memuatkan kira-kira 100 buah kenderaan ringan dalam satu-satu masa.

Ujarnya, hentian R&R ber­kenaan boleh memuatkan kira-kira 100 buah kereta dalam satu-satu masa, namun ia untuk kegunaan kenderaan ringan ­sahaja.

Tambahnya, antara kemudahan yang disediakan termasuk kawasan letak kereta, tandas dan juga gazebo yang boleh digunakan untuk bersolat. -https://amiminerals.org/