Rombakan Kabinet di luar pengetahuan saya – Ahmad Zahid

WhatsApp Image 2024 08 12 at 2.40.59 PM

Ahmad Zahid (tengah) semasa tiba di Program Temu Mata Bersama Warga Peneroka Kesedar di Jeram Tekoh, Gua Musang hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

GUA MUSANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr: Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa laporan mengenai rombakan Kabinet melibatkan Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat di luar pengetahuan beliau.

Ahmad Zahid berkata, beliau belum lagi dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara tersebut.

“Jadi, perkara itu berada di luar pengetahuan saya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Temu Mata Bersama Warga Peneroka Kesedar di Jeram Tekoh, di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita yang mendakwa memetik sumber PKR melaporkan, seorang menteri daripada parti itu mungkin digugurkan, manakala seorang menteri besar akan menjawat jawatan di Kabinet. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *