RM68 juta tunggakan AAIBE dalam proses pembayaran

WhatsApp Image 2024 11 11 at 1.12.39 PM

Fadilah ketika di Dewan Rakyat hari ini.- Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM68 juta daripada RM442 juta tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) yang direkodkan bagi tempoh 2018 hingga 2021 dalam proses pembayaran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kesemua syarikat penjana elektrik memberikan kerjasama dan komitmen yang baik untuk menyelesaikan tunggakan mahupun sumbangan tahun semasa.

“Daripada jumlah itu, amaun yang telah dibayar adalah sebanyak RM374 Juta manakala RM68 Juta lagi dalam proses pembayaran.

“Pihak Kementerian juga konsisten memantau perkara ini melalui Mesyuarat Jawatankuasa AAIBE dan bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak syarikat penjana elektrik yang terlibat untuk membantu mereka melunaskan sumbangan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketik menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) berhubung jumlah dana AAIBE dan tunggakan yang belum dijelaskan penjana tenaga bebas (IPP).

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, jumlah dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) terkini sehingga 30 September adalah RM866,686,747.

“Daripada jumlah ini, RM606,931,000 merupakan pelaburan tetap manakala RM147,872,976 adalah diperuntukkan bagi projek komited sedia ada.

“Semua syarikat yang mendapat IPP akan menyumbang satu peratus kepada dana AAIBE yang akan digunakan untuk penyelidikan serta program pembangunan modal insan,”katanya. – https://amiminerals.org/