RISDA sediakan 9 juta benih pokok getah

WhatsApp Image 2025 05 25 at 10.26.25 AM 1

MANNDZRI (lima dari kiri) ketika hadir Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Rakyat RISDA Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seri Saujana di sini, semalam.

KOTA TINGGI – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sedang menyiapkan 9 juta benih getah bagi menampung keperluan 15,000 hektar ladang yang terbiar.

Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, ia membuktikan bahawa pihaknya serius dalam menangani masalah ladang getah terbiar melalui inisiatif tanam semula.

Katanya mengikut data yang diterima pada awalnya terdapat kira-kira 420,000 hektar ladang getah terbiar namun bancian terbaru kini tinggal sekitar 200,000 hektar yang terbiar.

“Ladang getah terbiar ada dua benda boleh buat tetapi perlukan persetujuan tuan tanah. Bila cakap RISDA kita tidak boleh bayang sama macam Felda kerana tanah individu yang kita uruskan.

“Kaedah kedua di mana ladang lebih 25 tahun tebang dan tanam semula pokok. Setakat ini RISDA mampu untuk uruskan 15,000 hektar ladang setahun dan keseriusan kami dibuktikan dengan penyediaan benih.

“RISDA memang tengah berusaha sediakan 9 juta benih untuk memenuhi keperluan 15,000 hektar ladang getah terbiar. Itu juga termasuk untuk buat kebun getah berkala besar estet getah, tanaman getah berskala besar,”katanya ketika sidang media Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Rakyat RISDA Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seri Saujana di sini, semalam.