Ribut petir landa 9 negeri

IMG 4948

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan buah negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan bagi beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah di daerah Baling manakala di Perak melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, hujan lebat serta angin kencang juga diramal berlaku di Raub dan Rompin, Pahang,” katanya di sini hari ini.

Amaran sama juga dikeluarkan melibatkan daerah Sepang di Selangor.

“Bagi Negeri Sembilan, amaran dikeluarkan bagi daerah Seremban manakala di Johor amaran ribut petir diberikan di daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Cuaca sama juga boleh berlaku di Sarawak iaitu di Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei) dan Miri manakala di Sabah pula di Pedalaman (Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan),” jelasnya. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *