Ribut petir, hujan lebat landa 8 negeri petang ini

hujan lebat cuaca 1 2

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri petang ini.

Negeri berkenaan adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, dan Sabah.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga 5 petang itu melibatkan seluruh daerah di Kelantan dan Terengganu, manakala di Kedah pula melibatkan daerah Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, di Pulau Pinang turut berdepan cuaca buruk pada petang ini di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, manakala di Perak melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi negeri Pahang pula, amaran diberikan di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan, manakala di Johor hanya melibatkan daerah Mersing sahaja.

“Cuaca buruk juga melanda Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) di Sabah,” katanya. – https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *