PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang dipercayai mencuri makanan yang ditempah melalui aplikasi penghantaran makanan di sebuah kondominium mencetuskan kemarahan orang ramai.
Tindakan wanita itu dirakam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di Threads oleh @Amirsheeshh.
“Rembat makanan bukan satu, tapi tiga makanan guna pas masuk semua boleh tahu unit rumah berapa,” katanya.
Difahamkan, ini bukan kali pertama wanita itu melakukan kecurian apabila dia turut dirakam mencuri kasut di kondominium berkenaan sebelum ini.
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan wanita itu
“Kalau nak ambil makanan dekat bawah wajib tunjuk makanan kepada abang ‘rider’ terlebih dahulu, baru boleh ambil,” kata @Nd.suhaimi.
“Adakan rumah terbuka kot. Makanan tidak cukup rembat rumah orang la cerita dia,” kata @Maru2_kun.
“Ini lah punca ‘anxiety’ bila lambat ambil makanan dekat bawah makanan itu jadi darah daging,” kata @_Nursaadah. – https://amiminerals.org/