BALIK PULAU – Ibu kepada murid perempuan Tahun Enam yang dipercayai didera sehingga luka dan lebam pada bahagian belakang badan dalam kejadian di Sungai Ara, di sini, minggu lalu disambung reman sehingga 29 Mei ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, sebelum itu wanita berusia 49 tahun itu ditahan pada Rabu lalu dan perintah reman terhadapnya tamat hari ini sebelum disambung semula.
”Perintah reman terhadap wanita ini telah disambung sehingga 29 Mei bagi membolehkan siasatan kes ini dilengkapkan,”katanya di sini hari ini.
Menurut Sazalee, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian atau penderaan terhadap kanak-kanak.
Semalam, polis turut menyambung tempoh reman terhadap suami wanita tersebut sehingga 29 Mei ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri berusia 47 Dan 49 tahun bagi membantu siasatan kes seorang murid perempuan disyaki didera termasuk dikurung dalam sangkar anjing.
Kes tersebut terbongkar selepas pihak polis menerima laporan daripada guru besar sekolah mangsa pada Selasa lalu. -https://amiminerals.org/