KUCHING – Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Jalan Batu Kawa, di sini.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.
“Mangsa yang berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) di tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke HUS untuk tindakan lanjut.
Mohd Irwan berkata setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).- https://amiminerals.org/