Remaja maut rempuh pelajar sekolah pandu kereta tanpa lesen

WhatsApp Image 2024 11 11 at 1.07.41 PM

KEADAAN kereta Bezza dan motosikal mangsa selepas terlibat dalam nahas di persimpangan Klebang Utama, Melaka, awal pagi tadi.

MELAKA – Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang dia tunggang merempuh sebuah kereta dipandu pelajar sekolah di persimpangan Klebang Utama di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan dari arah bulatan Klebang menuju ke Limbongan.

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta jenis Perodua Bezza dipandu pelajar perempuan berusia 17 tahun dari arah Klebang Utama ke bulatan Klebang dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah.

“Mangsa yang menuju ke arah Limbongan bagaimanapun gagal mengelak kereta tersebut lalu merempuh di bahagian kanan pemandu menyebabkan dia tercampak dan mengalami kecederaan parah di kepala,”katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mangulas lanjut beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati mangsa dan pelajar terbabit tidak mempunyai lesen memandu.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Setakat ini kes disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya. – https://amiminerals.org/