Remaja lemas tersepit celah batu sungai

Bomba membawa keluar mayat

Bomba sedang membawa keluar mayat seorang remaja berusia 15 tahun yang lemas di Sungai Semungkis, Kampung Sungai Semungkis, Cheras, hari ini.

CHERAS – Seorang remaja lelaki maut setelah tersepit dicelah batu semasa mandi di Sungai Semungkis, Kampung Sungai Semungkis, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada pukul 4.56 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dan dua buah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn digerakkan ke lokasi kejadian untuk memastikan keadaan terkawal.

“Setibanya di lokasi, terdapat seorang lelaki tempatan berusia 15 tahun lemas dan tersepit di bahagian batu. Kerja-kerja membawa mangsa naik ke atas dilakukan oleh anggota bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mangsa datang ke lokasi untuk mandi bersama 11 rakannya yang lain. Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *