Remaja 16 tahun tiada lesen pandu kereta tamat cukai jalan

InCollage 20241118 084820000 scaled

Remaja lelaki ditahan JPJ Selangor selepas memandu kereta tanpa lesen.

KAPAR – Tindakan seorang remaja lelaki memandu kereta tanpa lesen untuk bersiar-siar dengan rakan memakan diri apabila ditahan di sini, baru-baru ini.

Semasa ditahan kira-kira pukul 5.37 petang, Jumaat lalu turut didapati kereta dipandu remaja berusia 16 tahun Lesen Kenderaan Motor telah luput sejak empat tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, kesalahan itu dikesan ketika anggota dari stesen penguat kuasa Ijok sedang membuat tugas rondaan sekitar Jalan Kapar, Meru Tambahan dan Jalan Bukit Kerayong.

Katanya, semasa sedang membuat rondaan, anggota telah melihat sebuah kereta jenis Nissan Almera dipandu dalam keadaan mencurigakan dan pemandu tidak memakai tali pinggang keledar.

“Pemeriksaan melalui peranti penguatkuasaan pengurusan pintar (SmED) mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kereta ini telah tamat tempoh sejak empat tahun lalu dan tiada perlindungan insurans.

“Anggota yang menjalankan tugas rondaan telah menahan kenderaan ini untuk pemeriksaan lanjut dengan mendapati pemandunya didapati masih dibawah umur 16 tahun,”katanya ketika dihubungi hari ini.

IMG 20241118 WA0018
Remaja lelaki ditahan JPJ Selangor.

Tambah beliau, siasatan mendapati remaja itu dalam perjalanan untuk melepak bersama rakannya.

Justeru, kata beliau, remaja itu melakukan empat kesalahan sekali gus pada masa kejadian.

Tambah Azrin, JPJ sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

“Sebarang aduan kesalahan lalulintas orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi MyJPJ e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan”jelasnya. – https://amiminerals.org/