Remaja 13 tahun tular pandu kereta, polis cari keluarga

WhatsApp Image 2024 07 29 at 6.19.18 PM

Tangkap layar video remaja lelaki pandu kereta secara melulu yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun didakwa memandu kereta secara melulu sehingga tular dalam media sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 49 saat, seorang wanita meminta kereta jenis Perodua Viva yang dipandu remaja itu berhenti di tepi jalan sebuah kawasan perumahan.

Hasil perbualan dua individu itu, remaja tersebut yang dipercayai ditemani dua adiknya mendakwa dia sudah beberapa kali memandu di kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sedang membuat semakan sama ada laporan polis sudah dibuat atau belum berhubung kejadian tersebut.

“Kita juga akan mengesan keluarga remaja terbabit untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – Iteenews.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *