Ramai ‘tag’ suami pasang angan-angan kahwin dua

Tangkap layar komen orang ramai di ruangan artikel berkait isu poligami

Tangkap layar komen orang ramai di ruangan artikel berkait isu poligami

PETALING JAYA – Ruangan komen artikel terbitan Kosmo! bertajuk “Isteri kedua buat saya macam ‘banker’” dibanjiri dengan pelbagai reaksi orang ramai terutama golongan isteri.

Semakan Kosmo! mendapati, rata-rata daripada mereka turut memetik (tag) akaun suami masing-masing di ruangan komen agar turut membaca pendedahan yang dibuat Kosmo! berkaitan ‘sisi gilap’ berpoligami.

“Abang, sila la baca, jangan kata saya tak ‘payung’, berangan nak kahwin dua kan, hadap dulu kisah para suami di sini,” kata Ayuniee.

“Faizul, nah kau baca. Ada berani ka?,” soal Fatin.

“Wahai suamiku tercinta, sayang ‘tag’ abang dulu ya,” kata @Nonxxx.

Sementara itu, ramai juga meninggalkan kata-kata perlian apabila melihat lebih 70 peratus golongan lelaki menyesal memiliki isteri lebih daripada satu sehingga mereka terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi.

“Alamak bang, tak mampu siapa suruh kau gatal lebih. Ingat ada simpanan RM1 juta yang pilih kahwin ramai,” kata Zack.

“Padan muka, sendiri khianati pasangan dan rumah tangga. Ingat bini tua nak duduk diam bila hang (kamu) duakan dia. Allah pun akan tunjuk bila hang tak betul dalam hala tuju menikah dua,” ujar @Sydaisma_.

“Padan muka, tak cukup seorang kau nak dua. Sudah itu beban pun tanggung la. Ingat nak berbini dua ini pakai air liur sahaja,” perli @ceforaxime. – https://amiminerals.org/