Ramai senyum sampai ke malam, dividen ASB dah masuk

untung dividen

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Alhamdulillah, siapa nak bagi RM5,000 untung tinggi kali ini. Patutlah isteri berlembut lain macam, rupanya dividen ASB dah masuk”.

Demikian perkongsian seorang pengguna Facebook, Shahmier mengenai gelagat isterinya setelah mengetahui dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah dikreditkan ke dalam akaun.

Menurut Shahmier, dia menerima dividen ASB sebanyak RM5,750 dengan simpanan RM100,000.

Sementara itu, Aisah Keksah turut menggambarkan dirinya yang tersenyum sepanjang hari ini setelah menyemak jumlah dividen ASB.

“Pagi-pagi dah senyum tengok dividen ASB dah masuk. Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna memuat naik tangkap layar penyata dividen ASB miliknya dengan menerima sebanyak RM6,002.30.

Terdahulu, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Pembayaran dividen ASB sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion.

Orang ramai boleh membuat semakan pengkreditan dividen ASB mulai hari ini secara dalam talian menerusi portal MyASNB dan esok melalui perkhidmatan di kaunter ASNB. – https://amiminerals.org/