Ramai merengek nak jadi anak Intan Najuwa

WhatsApp Image 2024 09 21 at 17.50.50 0e0da7c0

KEHIDUPAN mewah yang dimiliki Intan Najuwa hari ini memang tidak perlu dikongsikan lagi.

Sebelum ini kerap juga kehidupannya menjadi bahan bualan orang seperti koleksi tas tangan, percutian mewah dan sukan berkuda.

Terbaharu, barangan bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi termasuk menempah sebuah katil mewah berwarna putih dan merah jambu.

Diva pun jatuh cinta melihat reka bentuk katil tersebut, ala-ala gaya Inggeris dan nampak sangat mewah. Bertuah betul anak perempuannya nanti.

Lucunya, ramai pula yang tawarkan diri untuk menjadi anak Intan dan merengek dalam ruangan komen. Sakit perut Diva baca gurauan mereka.

“Intan saya boleh menangis seperti bayi, tolonglah nak tidur dalam katil tersebut.

“Saya boleh merengek, biar saya jadi bayi.

“Bertuahnya, mesti nanti terkejut sebab mak dia Intan Najuwa,” seloroh netizen.

DIVA: Pengarah tempatan janganlah mudah sentap kalau filem kena kritik. Bila industri filem nak maju kalau perlu puji melambung sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *