KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di sini pada petang tadi.
Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Rafizi melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis bagi meninjau sendiri status terkini beberapa projek Kerajaan Persekutuan di negeri ini.
Beliau mempersembahkan taklimat dan seterusnya bertukar pandangan dengan Tuanku Syed Sirajuddin mengenai inisiatif-inisiatif serta peruntukan kerajaan terkini yang diharap dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat Perlis. – https://amiminerals.org/