MUNICH – Seperti dijangka, Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan aksi lima bintang untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama dengan menewaskan Inter Milan 5-0 di Stadium Allianz Arena awal pagi tadi.
Pada perlawanan itu, PSG ternyata bukan tandingan skuad Nerrazurri selepas mendominasi aksi sepanjang 90 minit dan meraih jaringan menerusi Desire Doue (dua gol), Achraf Hakimi, Khvicha Kvaratskhelia dan Senny Mayulu.
penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma mengakui ketua jurulatih, Luis Enrique sebagai tunjang utama yang membantu untuk mengakhiri badi UCL selepas menyuntik semangat luar biasa dalam jiwa pemain.
“Enrique bukan sahaja memiliki taktikal hebat, dia juga memberi ruang dan masa untuk pemain menghabiskan masa dengan keluarga.
“Persiapan kita tidak seperti bakal mengharungi aksi final UCL dan pemain langsung tidak tertekan,” katanya.
Keputusan tersebut mengecewakan Inter yang berharap untuk menamatkan kemarau UCL selepas kali terakhir menang pada edisi 2010. – AGENSI