Projek Lebuh Raya WISE berjalan seperti dirancang – Ahmad Maslan

WhatsApp Image 2024 10 19 at 4.16.30 PM

AHMAD pada sidang akhbar di Pejabat JKR Daerah Batang Padang, Jalan Kelab Tapah, Tapah hari ini.

TAPAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesahkan projek Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar akan dilaksanakan sepertimana dirancang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kelulusan projek tersebut telahpun diperolehi dan hanya menunggu kerja-kerja pembinaan dimulakan.

“Projek WISE ini memang disebut dalam (pengumuman) Belanjawan semalam. Cuma ia belum lagi mula, itu kita tunggu pengumuman selanjutnya,”katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja meninjau penyuaraian trafik di sini hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan WISE sebagai satu daripada lima projek yang akan diberi keutamaan dalam perancangan kerajaan menggunakan pendekatan PPP.

Lebuh raya WISE sepanjang 60 kilometer akan dilengkapi tiga lorong dua hala dengan laluannya bermula di Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar, seterusnya Kuala Kangsar. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *