Produk lada negara rekod nilai eksport RM86.4 juta

WhatsApp Image 2024 09 20 at 17.44.38 66725e16

FOONG HIN (tengah) bergambar bersama peniaga produk lada hitam yang terlibat dalam program Kempen Penggunaan Lada Malaysia Tahun 2024 di pusat beli belah KSL City Mall, di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Nilai eksport lada negara merekodkan sebanyak RM86.4 juta antara Januari hingga Julai tahun ini, peningkatan sehingga 7.7 peratus iaitu berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu RM80.6 juta.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, 50 peratus daripada eksport produk tersebut adalah ke Jepun.

“Peningkatan nilai eksport ini mencerminkan permintaan yang stabil terhadap produk lada negara, ia juga menunjukkan harga yang lebih tinggi di pasaran antarabangsa.

“Selain Jepun, antara negara eksport lain termasuklah Korea Selatan, Sweden dan juga Singapura,”katanya kepada pemberita ketika hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen Penggunaan Lada Malaysia Tahun 2024 di pusat beli belah KSL City Mall, di sini hari ini.

Tambah Foong Hin, kementeriannya akan memberi fokus kepada pasaran Singapura kerana terdapat peningkatan permintaan sehingga 40 peratus pada tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Sejak Januari hingga Julai tahun ini, nilai eksport produk lada ke Singapura adalah sebanyak 368.15 tan bernilai RM8.20 juta, meningkat berbanding 288.44 tan iaitu RM5.86 juta. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *