PRK Mahkota: 1,399 pegawai, anggota polis jaga keselamatan pengundi esok

WhatsApp Image 2024 09 27 at 6.50.28 PM

KUMAR (tengah) bergambar bersama pegawai dan anggota polis yang akan bertugas pada PRK DUN Mahkota, Kluang esok.

KLUANG – Seramai 1,399 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal selia keselamatan 20 pusat mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota esok.

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar berkata, antara penugasan yang akan dijalankan adalah pegawai dan anggota terlibat ditempatkan di lokasi strategik sering berlaku kesesakan dan berpotensi menjejaskan keselamatan awam.

Katanya, anggota akan memantau situasi serta mencegah sebarang insiden yang boleh mengganggu ketenteraman awam sepanjang berlangsung proses mengundi esok.

“Setiap satu saluran akan ditempatkan seorang anggota bertugas manakala dalam jarak 50 meter dari pusat mengundi 10 anggota ditugaskan memantau situasi selain anggota polis traffik serta Ops Cantas.

“Disamping itu, saya juga memberi jaminan bahawa sekiranya berlaku banjir kilat dan menyebabkan mana-mana kawasan mengundi terjejas, bantuan segera akan disalurkan oleh pasukan khas yang telah disediakan,”katanya selepas memberikan amanat di Dewan Sekolah Menengah Sains Sembrong, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kumar berkata, sepanjang tempoh berkempen dalam PRK ini, pihaknya telah menerima enam laporan dan membuka empat kertas siasatan.

Ujarnya, kertas siasatan itu melibatkan Seksyen 4A Akta Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu mengeluarkan penyataan bersifat jahat.

“Turut dibuka adalah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 504 KK dibawah akta yang sama iaitu mengeluarkan penyataan fitnah.

“Semua kes masih dalam siasatan dan masih tiada tangkapan dilakukan,”katanya. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *