TAPAH – Seorang bapa sanggup memandu lebih 400 kilometer untuk membawa pulang anaknya dari Sungai Petani, Kedah bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini.
Mhd. Roslan Ghazali, 52, berkata, walaupun perjalanan pergi dan balik mengambil masa enam jam, itu tidak menjadi penghalang dalam memastikan hak memilih anaknya dilaksanakan.
Katanya, PRK Ayer Kuning merupakan pilihan raya pertama untuk Ahmad Saufi, 19.
“Tidak mengapa keluar belanja lebih untuk ambil dan hantar dia, apa yang penting kita dapat mendidik generasi muda mengenai tanggungjawab mengundi.
“Sebagai pengundi kali pertama, dia pun teruja dan bersiap awal untuk bersama saya ke pusat mengundi. Kami mahu jadi antara pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab,”katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong di sini hari ini.-https://amiminerals.org/