PETALING JAYA – Presiden China, Xi Jinping menyatakan penghargaan terhadap kawalan keselamatan luar biasa yang diberikan kepadanya ketika berada di negara ini baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jinping menyampaikan penghargaan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Penghargaan daripada Presiden China kepada Perdana Menteri atas kawalan keselamatan yang luar biasa semasa lawatan beliau ke Malaysia tempoh hari.
“Itu semua hasil kerja keras pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan agensi-agensi keselamatan kita yang lain.
“KDNKA memang tak asing lagi dengan kehebatan menjaga keselamatan negara,”katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Saifuddin Nasution berkata, semalam belia menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya KDNKA bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Polis Negara,, Tan Sri Razarudin Husain.
Katanya, beliau turut menyantuni anak-anak yatim, asnaf dan anak-anak orang kurang upaya (OKU) dalam kalangan warga KDNKA dengan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi.
“Sambutan mantap, layanan tip-top, dan yang paling penting, kita semua dapat eratkan silaturahim dalam suasana penuh harmoni,”katanya. – https://amiminerals.org/