Premium insurans perubatan belum dimuktamadkan – Anwar

WhatsApp Image 2024 12 06 at 3.19.37 PM

Anwar beramah mesra bersama orang ramai selepas menunaikan solat jumaat di Surau Al-Manar Presint 14, Putrajaya, hari ini. – Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan penetapan premium insurans perubatan bagi tahun depan belum dimuktamadkan.

Menurutnya, beliau dimaklumkan, Bank Negara Malaysia (BNM) kini sedang memuktamadkan perkara itu selepas ia (perbincangan bagi menetapkan kenaikan premium) dirunding semula.

“Jadi setakat ni proses itu masih dirunding semula,”katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Manar, Presint 14, di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying memaklumkan, Kementerian Kewangan dalam proses rundingan dengan pihak berkaitan berhubung kenaikan premium insurans perubatan antara 40 dan 70 peratus pada tahun depan.

Hui Ying dilaporkan berkata, BNM masih berunding bagi mengatasi isu berkenaan. – https://amiminerals.org/