Premis jual senjata api tiruan diserbu

WhatsApp Image 2025 01 08 at 5.19.24 PM

Pelbagai jenis senjata api tiruan dirampas dalam serbuan di sebuah kedai semalam.

KOTA KINABALU – Pelbagai jenis senjata api tiruan dirampas dalam serbuan di sebuah kedai dan dua individu termasuk tauke premis itu turut ditahan di Kolombong di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 2 petang itu, antara senjata api tiruan yang dirampas ialah empat unit pistol semi auto jenama Glock dan satu pistol semi auto jenama P Beretta selain pistol semi auto jenama Glock Austria.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, Datuk Azmi Abd Rahim berkata, pasukan serbuan membuat pemeriksaan selepas mendapat maklumat orang awam

“Polis turut merampas 10 botol berisi peluru plastik, empat paket berisi peluru plastik dan satu unit target,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, seorang wanita berusia 18 tahun yang bekerja sebagai penjaga premis turut ditahan dan soal siasat membawa kepada menahan majikan premis terbabit pada hari sama.

“Suspek berumur 32 tahun itu mengaku pemilik senjata tiruan yang dirampas dan mendedahkan semua bekalan senjata api tiruan itu dibeli melalui TikTok,”katanya. – https://amiminerals.org/