Polis rakam percakapan Ismanira berhubung video bersama arwah

polis logo polis

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Sungai Buloh mengesahkan telah merakam percakapan ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abd Manaf kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, tindakan itu diambil susulan satu video memaparkan Ismanira berjalan sambil memegang tangan anaknya itu beberapa hari sebelum ditemui meninggal dunia.

Bagaimanapun kata Mohd. Hafiz, laporan itu telah dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kerana laporan pertama di IPD tersebut.

“IPD Sg Buloh tidak menjalankan siasatan lanjut kerana kejadian permulaan berlaku di bawah kawasan pentadbiran IPD Petaling Jaya,”katanya dalam satu kenyataam ringkas.

Kosmo! semalam melaporkan, polis menerima laporan daripada Ismanira berhubung satu rakaman video memaparkan dirinya bersama Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin beberapa hari sebelum arwah ditemui meninggal dunia.

Mohd. Hafiz berkata, laporan itu diterima pihaknya pada 9 Mac lalu sekitar pukul 2.43 petang.

Kata Mohd. Hafiz, tujuan pengadu membuat laporan adalah kerana merasakan keselamatan dirinya dan keluarga berada dalam keadaan terancam. – https://amiminerals.org/