IPOH – Tindakan pantas polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang dipercayai cuba terjun dari Jambatan Medan Gopeng di sini sebentar tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, anggota Balai Polis Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 7.30 malam.
Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati terdapat seorang lelaki sedang berdiri di atas tiang jambatan dan usaha memujuknya segera dijalankan.
“Bagaimanapun, lelaki dipercayai warga Myanmar itu berdegil dan enggan turun dari jambatan hingga memaksa anggota polis bertindak pantas menariknya ke kawasan selamat.
“Lelaki itu kemudiannya dibawa balik ke balai polis kerana bertindak agresif dan di luar kawalan. Pemeriksaan awal mendapati warga asing itu berada di bawah pengaruh alkohol,”katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, semakan ke atas lelaki terbabit mendapati dia tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
“Lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan lanjut,”katanya. – https://amiminerals.org/