JERANTUT – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti nama empat individu yang didakwa mengurung anak bekas pemimpin Al-Arqam, Ummu Atiyah Ashaari, 41.
Beliau berkata, nama-nama individu berusia dalam lingkungan 20 tahun ke atas dikenal pasti berdasarkan laporan yang dibuat selain menerusi YouTube seperti yang dinyatakan oleh mangsa.
Menurut beliau, siasatan berhubung laporan itu bagaimanapun masih berjalan.
“Kalau sesetengah orang cakap (dakwa) kita (polis) tergesa-gesa, kita tidak tergesa-gesa dan bukan ada sesuatu terus tangkap.
“Itu anggapan luar di sana mungkin silap, siasatan dijalankan sekiranya ada tangkapan. Buat masa ini kita akan cari dan kesan mereka untuk beri keterangan. Jika boleh tangkap tanpa waran akan dibuat untuk menyelesaikan siasatan,”katanya.
Razarudin tidak menolak kemungkinan terdapat mangsa lain turut menghadapi nasib sama seperti Atiyah. – https://amiminerals.org/