PM mahu mulakan budaya baharu, henti amalan rasuah

WhatsApp Image 2024 08 30 at 18.40.39

Anwar mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di P{usat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu budaya baharu dimulakan dengan menghentikan amalan keterlanjuran rasuah, penyelewengan serta sikap khianat kepada negara.

Menurut Anwar, pimpinan negara harus lebih bertanggungjawab dengan tidak mengizinkan amalan merompak kekayaan dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

“Apa erti kemerdekaan, tiap tahun ribuan anak beratur mengibarkan bendera keramat (Jalur Gemilang), menjerit ‘Merdeka’, tetapi jiwa dirasuk kerana kita dan sistem mengizinkan keterlanjuran berterusan.

“Kita belajar daripada sejarah, buta sejarah, buta hati, buta perasan, buta ciri kemanusiaan akan menyebabkan negara ini menerima dendangan hasut, dengki, khianat, mengizinkan keterlanjuran rasuah dan penyelewengan.

“(Apabila) keadaan sampai ke tahap yang sudah parah dan rosak, tidak mungkin mudah diperbaiki lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut menyeru semua rakyat untuk menerima kenyataan bahawa kemerdekaan negara dicapai kerana kekuatan rakyat.

“Setiap rakyat mesti diberi perlindungan, ditunjuk kasih sayang dan diberikan pembelaan yang secukupnya.

“Saya mahu memanfaatkan kemerdekaan ini, Hari Kebangsaan 2024 sebagai tempat kita berpaut antara satu sama lain. Percayalah negara ini hebat kerana hebat rakyatnya.

“Jangan pinggirkan sesiapa, negara ini mempunyai keupayaan. Sebab itu saya kata semangat perpaduan itu sangat penting dan tidak boleh sama sekali diremehkan,” katanya. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *